Jabatan Sokongan Akademik Politeknik Balik Pulau

Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar

Jabatan ini bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan pelajar. Struktur JHEP adalah menggunapakai struktur perjawatan baru yang terdiri daripada Unit Pengambilan dan Data, Unit Kebajikan & Disiplin dan Unit Pengesanan Graduan & Alumni.

Unit Pengambilan Pelajar dan Data

  • Pendaftaran Pelajar Baru dan Lapor Diri Pelajar Senior
  • Permohonan Kad Pelajar
  • Pertukaran Kursus dan Politeknik
  • Penangguhan Semester
  • Pengesahan Surat Pengajian Pelajar
  • Pengesahan Pemberhentian Pengajian Pelajar
  • Merekod dan Menyimpan Data Pelajar

.

Unit Kebajikan & Disiplin

  • Menguruskan Bantuan KewanganKebanyakan pelajar kursus diploma mendapat tajaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebilangan kecil pelajar mendapat dari lain-lain sumber tajaan seperti Yayasan Negeri, MARA dan juga lain-lain penaja.
  • Menguruskan kebajikan pelajarMelaksanakan program pembangunan sahsiah pelajar melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), memantau perjalanan Pilihanraya Kampus, memastikan perjalanan Minggu Suaikenal berjalan dengan lancar, menguruskan pendaftaran dan penyeliaan Kelab & Persatuan yang bukan R2001, mengeluarkan surat akuan untuk rawatan pelajar jika diperlukan dan memastikan pelajar mendapat rawatan yang sempurna di mana-mana hospital atau klinik, melaporkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu, dan membantu dalam menyediakan maklumat mengenai penginapan luar kampus kepada pelajar dan menyelaras dan membantu hal-hal berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajar.
  • Pengurusan disiplin pelajarTertakhluk kepada Undang-undang Malaysia Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Kesalahan Jenayah). Mana-mana pelajar yang dituduh oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atas apa-apa kesalahan jenayah, maka dengan sendirinya mulai tarikh ianya dipertuduhkan, pelajar berkenaan adalah digantung pengajiannya sehinggalah ke tarikh perbicaraannya. Pihak politeknik akan mengeluarkan “Surat Penggantungan Pengajian”. (Diperingkat ini, apa jua bentuk rayuan kepada pihak Menteri Pengajian Tinggi Malaysia belum boleh dilakukan). Apabila sesuatu mahkamah, pada hari perbicaraan pelajar berkenaan, membuat keputusan bahawa pelajar yang dituduh itu didapati bersalah atau mengaku bersalah, maka dengan sendirinya pelajar itu adalah terhenti dari pengajiannya di politeknik. Pihak politeknik akan mengeluarkan “Surat Berhenti Pengajian”. Diperingkatini, pelajar terbabit diberi peluang dan berhak untuk membuat rayuan hanya kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Insurans PelajarJenis Insurans yang digunapakai dalam melindungi pelajar politeknik ini ialah Insurans Kemalangan Berkelompok dari syarikat ETIQA.

.

Unit Pengesanan Graduan & Alumni

Menjalankan kajian secara online melalui laman sesawang http://graduat.mohe.gov.my, mewujudkan satu pangkalan data yang komprehensif mengenai profil graduat yang boleh menyimpan dan digunakan untuk jangkamasa yang panjang, mengumpul dan menguruskan data yang diperlukan kepada Urusetia Pengesanan Graduan Jabatan Pengajian Politeknik, menganalisa data dan menyediakan laporan Pengesanan Graduan Politeknik.

Bil.JawatanNama
1Ketua JabatanMohd Azrul Bin Jaafar
2Pegawai Hal Ehwal PelajarAhmad Shaharil bin Jamaludin
3Pegawai Hal Ehwal PelajarMohd Zaidil Adha Bin Mat Hussin
4Pegawai Khidmat PelangganMuhammad Syafiq Bin Kamarudin

Unit Pengurusan Psikologi

Unit Pengurusan Psikologi menyediakan khidmat kaunseling kepada seluruh warga Politeknik Balik Pulau. Perkhidmatan ini merupakan usaha yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individu selain sebagai langkah penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan.

.

Perkhidmatan yang disedikan adalah seperti berikut :

  • Bimbingan kaunseling : Individu / Kelompok
  • Ujian Psikologi & Kerjaya (contoh : Ujian Personaliti Diri, Ujian Minat Kerjaya dan lain-lain)
  • Panduan Kerjaya
  • AKRAB (Staf)
  • Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (Pelajar).
Bil.JawatanNama
1Pegawai Psikologi & Kerjaya (TK)Shahariman Bin Mamat

.

Unit Kamsis / Pejabat Asrama

Bil.JawatanNama
1Pengurus AsramaSuzana binti Saleh
2Penyelia AsramaMd Fauzi bin Md Taib
3Penyelia AsramaMohd Hasbullah bin Zakaria

Berkaitan